24 November 2011

Untung ke beli emas

Sebelum pergi seminar emas di Publicgold Melaka mlm tadi. Saya telah ajak rakan² utk sertai sekali. Ada rakan yg bertanya, apa benefitnya? Boleh untung ke beli emas? Jadi saya ingin ceritakan pengalaman saya membeli emas supaya dapat di nilai.

Emas pertama yang saya beli bertarikh 17/1/11. Iaitu 1 Dinar dan Goldbar 20gram seperti di bawah.

Seperti yang saya belajar di seminar emas, Untung atau rugi hanya akan diketahui pada ketika anda jualkan emas tersebut, bukan pada waktu anda membelinya. Justeru itu, jika saya menjual emas tersebut pada masa ini. Ini adalah harga semasa yang saya jual ke Publicgold semula seperti di bawah.Pengiraan Keuntungan :

Belian Jualan
1Dinar RM637 - RM721 = RM84
Goldbar 20gram RM3082 - RM3519 = RM437

Jumlah keuntungan dalam jangkamasa 10 bulan adalah RM521 kira² 14%.
Persoalan nya, rugi ke saya membeli emas? Ini adalah baru keuntungan kasar. Sebenarnya banyak lagi keuntungan yang kita boleh perolehi dari pelaburan emas ini. Inilah pengalaman selama 10 bulan membeli dan menyimpan emas. Untung memang untung. Tetapi rugi dari segi masa sedikit. Mula tahun depan, saya hendak lakukan teknik baru. Mendapatkan untung dalam masa yang singkat secara berulang². InsyaAllah...

23 November 2011

Ketulenan Emas Public Gold

Baru² ini saya ditanyakan mengenai ketulenan emas Public Gold dan Public Dinar. Mana badan yang mengiktirafkan ketulenan emas di jual oleh Public Gold dan Public Dinar. Daripada soalan tersebut, saya dapat menganggarkan. Masih ada pihak yang ragu² dengan ketulenan emas di jual oleh Public Gold dan Public Dinar. Saya cuba bagi jawapan bagi soalan tersebut. Harap dengan jawapan ini, dapat melegakan ...hati tuan yang bertanya dan mula menyimpan emas dengan senang hati.

Ketulenan emas PG atau PDinar telah disahkan oleh ASSAYER yang bertanggungjawab iaitu Assay Office Penang Sdn Bhd (842011-D). Assayer ini berfungsi sebagai badan yang menguji ketulenan sesuatu produk yang dikeluarkan. Sekiranya barang seperti yang dikeluarkan oleh Public Gold dan Public Dinar tidak menepati tahap ketulenan yang ditetapkan, pihak assayer tidak akan mengeluarkan certificate tersebut. Dengan adanya ceritificate Assayer ini, kita tidak perlu ragu² dgn ketulenannya. Malah ada juga surat dari Bank Negara Malaysia sebagai rujukan kepada Public Fine Gold International Sdn Bhd.

PG mengeluarkan banyak notis di surat khabar bahawa, produk nya bukan lah dibawah Skim cepat kaya atau spam.. malah PG amat meniktik beratkan dealer untuk mempunyai etika yang tinggi ketika proses jual/beli jenama PG. Anda bayar dapat emas.

PG merupakan syarikat tempatan pertama di Malaysia yang mengeluarkan jongkong emas yang disahkan ketulenan oleh Penilai Emas (Gold Assayer) dan diiktiraf Malaysia Book of Records.
Pengalaman saya sendiri, saya pernah memajak emas PG di Arrahnu Agrobank. Pihak agrobank akan menggunakan alat “Decimeter” untuk ukur berat dan ketulinan emas dan jenis emas. Semua emas yang saya pajak lulus ujian samaada dari aspek nilai berat dan juga jenis emas dan diberi pinjaman. Dan ini membuktikan emas PG tulen seperti yang tertera pada ceritificate Assayer.

22 November 2011

Bila Nak Bermula Membeli Emas?

Harga emas terus meningkat dari semasa ke semasa, bagi mereka yang faham tentang konsep pelaburan di dalam emas fizikal, mereka akan membeli dan terus membeli selagi mempunyai tunai.

Tetapi bg setengah individu yang masih kabur tentang konsep ini, pastinya terpengaruh dengan Sentimen Pasaran, dan berasa takut untuk membeli emas kerana harganya yang melambung tinggi.

Sebenarnya, jika anda membuat pelaburan ke atas komoditi emas di dalam dagangan futures market, mmg patut untuk anda berasa takut untuk membuat dagangan...

Tetapi jika anda ingin membeli emas fizikal, tiada waktu yang spesifik diperlukan, dan walau setinggi mana pun harganya di pasaran, nilainya akan terus meningkat tanpa had masa dan nilai maksimum.

Jadi tiada istilah untuk tunggu harganya turun, baru beli atau "Buy Low, Sell High"dalam pelaburan emas fizikal ini. Kalau anda terus berpegang dengan konsep seperti itu saya jamin walau harganya dah mencecah RM200 se gram sekalipun, anda masih belum membeli waima 1 gram emas, kerana merasakan harganya dah cukup tinggi dan mungkin akan turun pulak jika anda membeli emas di waktu itu.

Konsep itu betul jika digunakan untuk pelaburan saham, bond, pasaran matawang dan dagangan spot gold. Tapi jika diaplikasikan untuk membeli emas fizikal bermakna anda telah menggunakan teknik pelaburan yang tidak sesuai dengan portfolionya.

Kesannya... sampai bila-bila pun pelaburan tidak akan dibuat.

Tiada siapa yang boleh mengatakan harga emas sudah mencapai ke paras yang cukup tinggi dan tidak akan naik lagi, kerana jika perkara itu berlaku, bermakna nilai emas tidak lagi menjadi sandaran kepada nilai matawang. Adakah situasi ini akan berlaku??

Make your decision now, or will never....


21 November 2011

Seminar Berkongsi Ilmu..

Syukur dengan penurunan harga Emas & Perak, ianya adalah peluang untuk mengaut keuntungan berganda tanpa perlu menunggu dalam jangkamasa yang lama.

Saya menjemput anda hadir ke seminar tersebut dan dengarkan sendiri perkongsian konsep, kaedah dan teknik sebenar dalam pelaburan aloi berharga ini dan teknik mengaut keuntungan berganda tanpa perlu menunggu dalam jangkamasa yang lama.

Seminar tersebut juga, penceramah akan memberikan pendedahan asas bagaimanakah teknik sebenar pelaburan emas & perak, serta bagaimana cara meraih keuntungan darinya. Maklumat² seperti ini amat penting lebih² lagi jika anda masih baru dalam bidang pelaburan ini, ataupun masih cuba², ataupun baru hendak bermula.

Untuk bulan November ini, seminar yang seterusnya akan diadakan di :

Public Gold Cawangan JB (Atas Public Bank Taman Perling)
45A&B, Jalan Persisiran Perling,
Taman Perling,
81200 Johor Bahru, Johor.
+607-235 8999
22 November 2011 (Selasa)
8.30 - 10.30 Malam

Public Gold Cawangan Melaka
No. 9-A, 9-B,
Jalan Melaka Baru 22,
Taman Melaka Baru,
Batu Berendam,
75350 Melaka.
+606-317 5499
23 November 2011 (Rabu)
8.30 - 10.30 Malam

Allson Hotel Putra Nilai,
PT7182, Jalan BBN 1/2E Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia.
+606-799 8888
25 November 2011 (Jumaat)
8.30 - 10.30 Malam

BILIK KELAB,
KOMPLEKS KEJIRANAN PRESINT 16,
JALAN PRESINT 16(BELAKANG PETRONAS),
PUTRAJAYA
26 November 2011
9.00 - 11.00 Malam
Penceramah : En. Mohd Faizan Dasuki (Pelabur Jutawan)

Seminar ini adalah PERCUMA! Jadi, bagi memastikan anda mendapat tempat duduk ketika seminar, sila buat pendaftaran awal dengan menghantar Nama dan Bilangan Kehadiran melalui SMS ke no 019-2082811. Jangan lepaskan peluang terbaik ini

Berbaloikah berhutang untuk membeli emas???

TEKNIK BELI DAN SIMPAN

Adakah anak pernah menyesal dan memikirkan risiko kerugian yang bakal dihadapi apabila anda berhutang untuk membeli sesuatu yang susut nilai seperti kereta, tv, sofa, peti ais dll?!!..

Mungkin anda tidak terlalu bimbang risiko kerugiannya kerana anda dapat memanfaatkan kemudahannya dalam kehidupan seharian.

Tetapi mengapa anda terlalu bimbang untuk berhutang bagi tujuan pembelian sesuatu yang meningkat nilainya seperti emas??.. Bukankan pemahaman anda berkenaan pengurusan kewangan dan risiko sudah terbalik?..

Saya berikan contoh, anda berhutang RM100,000 daripada bank dan kesemuanya anda gunakan untuk membeli emas bagi tujuan pelaburan.

Ambil kira purata kenaikan emas tahunan sekitar 25%, hanya selama 4 tahun sahaja anda telah menggandakan wang RM100k tadi. Anda dah boleh jualkan sebahagiannya, dan bayar semula pinjaman RM100k yang anda gunakan sebagai modal tadi.

Kini anda telah memiliki sejumlah emas bernilai 100k secara percuma!!... Jika tempoh masa kenaikan harga emas agak perlahan sekalipun ataupun istilah "Worst Case Scenario", mungkin purata kenaikannya hanya sekitar 15% setahun, anda hanya memerlukan tempoh masa selama 7 tahun untuk menggandakan nilainya.

Jika anda membuat loan ASB sebanyak RM100,000 selama 20 tahun, jumlah bayaran bulanannya adalah lebih kurang sama dengan jumlah bayaran untuk Personal Loan sebanyak RM100k bagi tempoh 20 tahun.

Tetapikah boleh pelaburan ASB menggandakan modal asal anda dalam tempoh 4-7 tahun sahaja?

Jika anda menggunakan dividen tahunan untuk bayaran bulanan pada tahun-tahun berikutnya, bermakan anda hanya akan mendapat 100k selepas tempoh matang selama 20 tahun itu.

Cuba anda tukarkan konsep itu dengan membuat Personal Loan dan membeli emas, dalam jangkamasa 20 tahun agak-agak berapa kilo emas yang dapat anda kumpulkan?

Mengapa saya menasihatkan Personal Loan selama 20 tahun?.. Walaupun interestnya tinggi, tetapi bayaran bulanannya adalah rendah, dan kita perlu mengambil kira sekiranya berlaku keadaan "worst case scenario" maka kita tidak akan terbeban untuk meneruskan bayaran bulanan untuk jangkamasa beberapa tahun lagi, itulah rasionalnya!!

Jangan dirisaukan tahun yang panjang kerana anda telah merancang untuk menyelesaikannya dalam jangkamasa yang lebih awal. Jangan dibimbang kadar interest yang tinggi, kerana kadar yang tinggi hanya akan dirasai dalam jangkamasa yang panjang dan ianya agak berbaloi untuk membayar interset yang agak tinggi sedikit bagi jangkamasa 20 tahun kerana kesannya anda dapat membuat back up plan untuk pelaburan anda sekiranya berlaku situasi diluar jangkaan.

TEKNIK LEVERAGING & COMPOUNDING

Katakan pula jika anda menggunakan konsep Leveraging & Compounding mengikut perkiraan berikut:

1. Beli emas RM100k
pajak dapat 70k

2. Beli lagi emas RM70k
pajak dapat 49k

Cukup sampai setakat itu sahaja, baki di tangan RM49k standby untuk bayaran upah simpan selama 4 tahun (jika kadar upah 0.6%)

Jadi sekarang nilai emas anda adalah sebanyak RM170k dan anggarkan dalam "Worst Case Scenario", iaitu kenaikan tahunan hanya 15% sahaja.

Tahun 1 : RM170,000 x 15% = RM25,500 (Nilai emas anda telah menjadi RM195,500)
Tahun 2 : RM195,500 x 15% = RM29,325 (Nilai emas anda telah menjadi RM224,825)
Tahun 3 : RM224,825 x 15% = RM33,723 (Nilai emas anda telah menjadi RM258,548)
Tahun 4 : RM258,548 x 15% = RM38,782 (Nilai emas anda telah menjadi RM297,330)

Cari pembeli dan jualkan emas anda sekadar untuk menebus semua emas dengan membayar semula pinjaman sebanyak RM119,000 dari Ar-Rahnu (RM70,000 + RM49,000)

Setelah anda membayar semula RM119,000 kepada Ar-Rahnu, kini nilai bersih emas di tangan anda ialah sebanyak RM178,330.00!!!!

Untuk langkah seterusnya anda boleh pilih samada:

a) Pajakkan semula dan gunakan tunai hasil pajakan itu untuk menjelaskan pinjaman modal RM100k kepada bank.

Kelebihannya, anda masih mempunyai emas bernilai RM178,330.00
Kekurangannya, anda perlu merancang semula bagaimana mahu membayar upah simpan.


b) Jualkan emas yang bernilai RM100k dan jelaskan kesemua hutang modal anda kepada bank.

Kelebihannya, anda mempunyai aset emas bersih bernilai 78,330.00 secara PERCUMA.
Kekurangannya, anda kehilangan peluang yang menggandakan nilai pelaburan anda kepada jumlah yang lebih besar.

Jika dikira secara logik, 15% x 4 tahun = 60%, jadi sepatutnya pada tahun ke-4 nilai emas anda hanyalah RM160,000.00 sahaja.

Tapi jika anda mengurusnya secara bijak menggunakan konsep Leveraging & Compounding, % pulangan yang anda perolehi pada tahun ke-4 mencecah 197.333%, sekaligus menjadikan nilai pelaburan anda pada ketika itu menjadi RM297,330.00!!!

Ini hanya dalam tempoh 4 tahun dan pengirannya adalah berdasarkan "Worst Case Scenario", bagaimana jika dalam keadaan "Gold Market Scenario"?

Agak2 berapa profit margin selama tempoh 4 tahun itu?

Anda sendiri boleh mempertimbangkan sama ada berbaloi atau tidak jika membuat pinjaman untuk pelaburan emas fizikal!!!




Kenapa saya membeli emas di Public Gold?

Byk syarikat dan kedai emas, bank2 dan sbgainya yg menjual emas keluaran mereka sendiri, tp mengapa sy memilih utk membeli emas Public Gold?


Di sini sy akan nyatakan sedikit fakta dan perbandingan utk penilaian anda sendiri, yg mana lebih menguntungkan.

1. PG (Public Gold) mengenakan Spread (Beza harga jual & beli) utk belian semula dgn kadar terendah sekitar 4-6% shj. Berbanding emas yg dijual di kedai emas, mereka akn mengenakan Spread sekitar 15-20%.

2. Jika anda beli di kedai emas, mereka akn mengenakan caj tambahan yg sgt tinggi, cth di Tomei jika anda membeli emas PAMP Suisse mereka akan kenakan caj insurans yg tinggi mengikut berat emas. Cth PAMP Suisse 50g caj mereka RM300, manakala HABIB mengenakan caj RM132 dan mengatakan itu workmanship cost. Sdgkan di PG mereka cuma mengenakan RM40 utk transport cost dari Penang ke kawasan luar dari Penang. Jika anda ambil di Penang, kos itu dikecualikan.

3. Kedai emas dan bank hanya membeli emas emas yg dibeli dgn mereka shj, dan tidak akan membeli semula jika emas itu bengkok atau calar. Tetapi PG ttp membelinya semula krn mereka sendiri membuat proses peleburan dan rekabentuk. Berbeza dgn bank dan kedai emas yg mengupah kpd syarikat lain.

4. Emas di PG boleh di lock harga mengikut kemahuan kita sama ada secara online 24jam, phone call waktu office hours dan sms, walaupn ketika byran dibuat harganya telah berubah. Cth skrg ini harganya rendah, sy terus lock dan tiba2 pd waktu ptg harganya melonjak tggi. Katakan sy buat byran esok, sy ttp membyr dgn harga yg sy lock smlm.

5. Harga PG berubah setiap 20min, manakala harga di Bank perlu mengikut update semasa BNM dan harga di kedai emas mengikut Persatuan Emas Malaysia yg di update sebulan sekali. Bermakna anda x boleh mendptkan keuntungan mnggunakan teknik spekulasi pasaran.

6. PG menawarkan peluang utk menjadi Dealer, dan yg menariknya setiap belian di bayar komisyen 1.5% dari jumlah terkumpul belian anda bermula 1-30hb. Komisyen dibayar pd 15hb pd bulan berikutnya. Jika anda beli utk simpan sekalipun dan tidak berniat utk menjualnya, bukankah sememangnya anda dah untung?

7. PG menawarkan peluang perniagaan kpd anda. Dgn menjadi dealer anda akn dpt 1.5% komisyen pembelian, dan jika anda mempunyai dealer di bwh anda, dan pembelian terkumpul anda bersama semua rangkaian mencecah RM300k, anda akan di upgrade menjadi Master Dealer, yg mana anda akan dpt komisyen tambahan 0.5% drpd belian delaer2 di bwh anda.

8. Stok PG sentiasa ada. Berbanding di kedai emas dan Bank, disebabkan mereka mengambil stok drp syarikat lain, maka stok mereka sentiasa kekurangan dan tertakluk kpd 1st come 1st serve. Anda x boleh book emas tersebut.

9. Emas di PG boleh di beli secara Easy Payment Purchase (EPP) sehingga 4 bulan tanpa interest. Hanya 0.5% dikenakan sbg upah pengurusan.

10. Emas PG mudah utk dicagarkan dan tidak akan terjejas dari segi pembungkusannya. Tetapi jika emas PAMP Suisse, jika anda mahu cagarkan anda perlu potong seal yg membalut certificate dan emas tersebut. Jika seal luarannya sudah terpotong,bagaimana anda mahu menjualnya kelak?

Satu fakta yg sy mahu anda sedar ialah, membeli brg kemas bukanlah satu pelaburan yg bijak, sebenarnya anda membyr harga yg tinggi utk berat emas yg sedikit. Brg kemas mempunyai campuran bahan2 lain dgn kadar yg tinggi supaya mudah dibentuk dan utk mencantikkan rekaannya.

Katakan gelang tgn emas 916 yg beratnya 100g, dan harga semasa terkini katakan RM146 segram. Mereka akan menjual kpd anda dgn harga RM 14,600 + workmanship cost. Slps itu cuba anda bawa ke Ar-Rahnu utk dicagarkan, percayalah mereka hanya akan mengira berat emas sahaja, bermakna beratnya bukan lagi 100g.

Dan jgn anda terkejut, jika gelang tgn anda bukan lagi emas 916 apabila diuji ketulenannya oleh pihak bank walaupn kedai emas mengatakan yg itu adalah emas 916 dan anda membyrnya dgn harga semasa emas 916.

Apa itu Public Gold..

Public Fine Gold International Gold Sdn. Bhd. (Public Gold) merupakan sebuah syarikat di Malaysia yang menawarkan dinar, gold bar dan silver untuk tujuan simpanan/pelaburan.

Syarikat yang berpusat di Bukit Jambul, Pulau Pinang ini mengeluarkan gold bar dan syiling emas atas jenama Public Gold.

Public Gold telah mengembangkan sayap mereka dengan membuka cawangan di Ipoh, Sg.Petani,Kota Bharu, Bandar Sunway, Melaka, Johor Bahru, Kota Bharu, Kuala Trengganu, Kuantan, Kuching, Seremban dan Alor Setar. Public Gold akan membuka lebih banyak cawangan di masa-masa akan datang.

Laman web Public Gold boleh dilawati di www.publicgold.com.my
Dinar = www.publicdinar.com.my
Barang kemas = www.publicjewellery.com.my


Produk yang dijual

Public Gold menawarkan syiling emas dan gold bar kepada pembeli.

Untuk syiling emas cuma terdapat 1 saiz iaitu 50 gram (emas 24K)

Bagi gold bar pula, ia terdapat dalam saiz 10gram, 20 gram, 50 gram, 100g dan 1 Kg (emas 24K/999.9)

Setiap gold bar dan dinar ada siri nombor dan certificate.

Bagi emas 916 pula..dinar emas Public Gold dikeluarkan di dalam 3 nilai iaitu:

- 1 dinar 4.25g
- 5 dinar 21.25g
- 10 dinar 42.5g

Silver bar - 100g, 250g, 500g dan 1kg

Barang kemas-Public Jewellery


Anda ragu untuk membeli emas?

Kebanyakan org jika ditanya adakah membeli emas merugikan??.. semua org akn mengatakan tidak! tetapi ramai yang takut utk membeli emas, dgn alasan takut aset mereka sukar utk dicairkan..

Sebenarnya, lebih mudah utk anda melindungi nilai aset dan kekayaan anda dgn cara membeli emas berbanding anda menyimpan secara tunai di bank... bkn itu shj, bahkan secara tidak langsung anda akan menikmati keuntungn drpd kenaikan nilai emas setiap thn sekitar 15-30% !! Ini adalah FAKTA!!...

Saya beri anda contoh sbg pembuka minda, sekiranya anda mempunyai wang sebyk RM 10k yg anda simpan di dlm bank pd hari ini, setahun akn dtg wang itu masih kekal RM 10k, itu masih ok...tp sgt malang kerana wang RM 10k pd thn itu tidak dpt membeli brg yg sama nilai dgn RM 10k pd hari ini..

Mengapa ini berlaku? itulah yg dinamakan inflasi. .iaitu penyusutan nilai wang!! situasi akn berbeza jika RM 10k itu anda belikan emas yg sama nilainya, dan anda simpan sbg aset pelaburan CAIR...setahun akn dtg nilai emas itu akn meningkat 15-30%, secara tidak anda sedari, anda telah menjana keuntungan 3-4 kali ganda lebih tinggi berbanding ASB...bahkan, dlm mase yg sama anda juga telah melindungi nilai harta / simpanan tunai anda.

Mudah shj kan? ape yg pnting hanyalah tukar cara anda berfikir, keluarkan minda dan ekonomi anda dari dibelenggu oleh sistem kapitalis yg setiap hari memerah hasil penat lelah anda dgn kenaikan kadar inflasi saban hari...

Pd posting diatas sy highlight kan perkataan aset CAIR, kenape..? krn masih ramai di kalangan masyarakat kita yg menyangka sekiranya mereka membeli emas, harta / wang mereka akn mnjadi aset beku..sukar utk dicairkan krn perlu menunggu waktu yg lama utk menantikn kenaikan harga emas sblm ianya boleh dijual semula...ini adalah persepsi pd 20-30 thn yg lalu, sekiranya negara dan peradaban kita semakin maju, tetapi cara berfikir kita masih berada di takuk yg lama, maka kita akn trus ketinggalan di blkg....

Justeru, perlu kreatifkan minda dan cuba "berfikir di luar kotak", barulah anda akn dpt menikmati keselesaan hidup dan kebebasan kewangan..