24 November 2011

Untung ke beli emas

Sebelum pergi seminar emas di Publicgold Melaka mlm tadi. Saya telah ajak rakan² utk sertai sekali. Ada rakan yg bertanya, apa benefitnya? Boleh untung ke beli emas? Jadi saya ingin ceritakan pengalaman saya membeli emas supaya dapat di nilai.

Emas pertama yang saya beli bertarikh 17/1/11. Iaitu 1 Dinar dan Goldbar 20gram seperti di bawah.

Seperti yang saya belajar di seminar emas, Untung atau rugi hanya akan diketahui pada ketika anda jualkan emas tersebut, bukan pada waktu anda membelinya. Justeru itu, jika saya menjual emas tersebut pada masa ini. Ini adalah harga semasa yang saya jual ke Publicgold semula seperti di bawah.Pengiraan Keuntungan :

Belian Jualan
1Dinar RM637 - RM721 = RM84
Goldbar 20gram RM3082 - RM3519 = RM437

Jumlah keuntungan dalam jangkamasa 10 bulan adalah RM521 kira² 14%.
Persoalan nya, rugi ke saya membeli emas? Ini adalah baru keuntungan kasar. Sebenarnya banyak lagi keuntungan yang kita boleh perolehi dari pelaburan emas ini. Inilah pengalaman selama 10 bulan membeli dan menyimpan emas. Untung memang untung. Tetapi rugi dari segi masa sedikit. Mula tahun depan, saya hendak lakukan teknik baru. Mendapatkan untung dalam masa yang singkat secara berulang². InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment