21 December 2011

Berbaloikah Membuat Pembiayaan Peribadi Untuk Beli Emas?

1- Jika saya ditanya dengan soalan seperti ini, dengan segera saya akan menjawab "Amat berbaloi2.." tetapi soalan seterusnya pula diajukan iaitu "bagaimana cara untuk membayar semula?".


2- Pada saya amat mudah, apabila saya membuat pembiayaan untuk membeli sesuatu aset, yang mana kita semua faham bahawa aset adalah sesuatu yang memberikan pulangan seterusnya tambahan pendapatan kepada kita, maka sudah tentulah hasil daripada aset itu yang akan digunakan untuk membayar semula pinjaman tadi.


3- Jika saya meminjam untuk membeli rumah dan disewakan, hasil dari sewaan tadi yang akan saya gunakan untuk membayar semula pinjaman dan dalam masa yang sama lebihan wang selepas ditolak bayaran pinjaman adalah tambahan pendapatan kepada saya. Tetapi bagaimana dengan Gold? ianya tidak memberikan pulangan berbentuk Aliran Tunai?


4- Mudah saja, walaupun ianya tidak memberi pulangan dalam bentuk Cashflow, tetapi ianya meningkat dari segi nilainya ataupun disebut sebagai pulangan dalam bentuk Capital Gain. Jadi, untuk membayar pinjaman setiap bulan, jualkan saja beberapa keping emas yang dibeli tadi dan gunakan tunai daripadanya untuk membayar semula ansuran bulanan tadi.Katakan pada bulan Januari 2009 (Permulaan Graf Ini) saya membuat pinjaman sebanyak RM40,000 untuk tempoh selama 20 tahun dengan bayaran RM400 sebulan. Saya gunakan kesemua wang pinjaman itu untuk membeli Dinar. Pada ketika itu harga bagi 1 Dinar sekitar RM450, bermakna saya boleh membeli 88 keping Dinar.Setiap bulan, saya akan menjual sekeping Dinar, dan wang hasil jualan itu saya akan gunakan kesemuanya untuk membuat bayaran balik pinjaman.


5- Dengan kenaikan harga Emas, walaupun saya tetap menjual 1 keping Dinar setiap bulan, tetapi amaun bayaran balik pinjaman yang saya jelaskan semakin bertambah dan lebih tinggi berbanding amaun yang sepatutnya dijelaskan, sebagai contoh ketika permulaan dulu saya jual 1 keping Dinar dapat RM400, tetapi sekarang ini saya jual 1 keping Dinar dapat RM801, dan amaun itu terus meningkat dari semasa ke semasa!!Ini menjadikan pinjaman tadi boleh diselesaikan dalam masa tidak sampai 20 tahun disamping saya masih mempunyai emas yang berbaki dalam simpanan saya. Bermakna, emas yang saya ada ini diperolehi secara percuma!!

6- Nampak tak kesannya? Inilah yang menjadikan Emas sebagai satu senjata yang mampu meruntuhkan sistem ekonomi Kapitalis. Inilah caranya untuk kita memanipulasi sistem kewangan Kapitalis untuk kepentingan dan kekayaan kita setelah sekian lama mereka memanipulasi hasil titik peluh kita demi kekayaan mereka.


7- Tapi jangan pula kita menyerahkan wang kita untuk dimanipulasi oleh mereka. Hari ni ramai orang yang sentiasa mengeluh kerana Inflasi, kerana kehilangan kuasa beli dan kadar interest semakin tinggi, hakikatnya mereka sendiri yang menyokong sistem ini dengan cara menyerahkan (menyimpan di Bank) wang hasil titik peluh mereka untuk digunakan oleh pihak bank secara percuma!! Lebih malang lagi, apabila mereka pula perlu meminjam wang yang disimpan tadi dari pihak bank dan dikenakan kadar interest yang amat tinggi!

13 December 2011

Public Gold Adalah Paltform Terbaik Kepada Pelabur Emas dan Perak Fizikal

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu dan panduan pelaburan emas fizikal kepada para pembaca sekalian.Saya adalah seorang Pelabur Emas & Perak fizikal yang memilih produk emas dan perak keluaran Public Gold sebagai produk pelaburan saya.





Sebagai seorang pelabur yang sememangnya serius dalam bidang ini, saya mempunyai beberapa garis panduan utama yang menjadi asas pertimbangan ketika membuat pemilihan syarikat yang menjual / mengeluarkan komoditi emas dan perak fizikal ini, kerana mereka juga sebenarnya berperanan untuk mempengaruhi untung dan rugi saya dalam pelaburan ini.Ianya adalah :



1- Pemilihan jenis dan variasi produk yang bersesuaian. Sebagai produk pelaburan, variasi emas yang menjadi pilihan perlulah bersesuaian dengan matlamat seseorang dalam membuat pelaburan. Justeru, variasi pilihannya perlulah memiliki bentuk, berat serta ketulenan yang sama agar rancangan pelaburan kita dapat diurus dengan baik.


Dalam konteks ini, emas perhiasan wajar diabaikan kerana ianya tidak memiliki berat, saiz dan ketulenan yang standard.Di Public Gold, saya mempunyai pilihan variasi produk yang banyak untuk disesuaikan dengan matlamat dan tujuan pelaburan saya, sekaligus ianya membantu untuk memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kerugian.

2- Harga yang kompetitif dan selaras di pasaran antarabangsa. Disebabkan emas dan perak bukanlah barang kawalan, justeru penetapan harganya adalah bergantung kepada si penjual, dan sekiranya si pelabur tidak tahu apakah justifikasi penetapan harga yang digunapakai oleh si penjual, ianya amat membahayakan posisi seorang pelabur kerana nisbah diantara kadar risiko kadar keuntungan (Risk Reward Ratio) sukar ditetapkan disebabkan ia tertakluk kepada manipulasi harga oleh si penjual.


Sebagai pelabur, yang menjadi perbandingan utama saya bukanlah "Harga Jualan" emas tersebut, sebaliknya "Harga Belian" baliknya yang perlu saya beri keutamaan kerana keuntungan saya ditentukan ketika saya jual, bukan ketika saya beli. Di Public Gold, harga jualan dan beliannya amat transparent kerana ianya berpandukan kepada harga semasa yang dipaparkan secara Live oleh www.kitco.com, dan Public Gold juga mengemaskini harganya setiap 20 minit sekali mengikut harga semasa di pasaran antarabangsa dan ianya memberikan kelebihan kepada Pelabur untuk membeli dan menjual semula dalam jangkamasa pendek dan sederhana.


3- Kadar Spread yang kompetitif.Kadar spread memainkan peranan yang agak penting kerana spread yang besar akan menyebabkan keuntungan si pelabur sedikit dan lambat untuk mencapai tempoh Breakeven (Balik Modal).Spread yang kompetitif adalah sekitar 4-6% dan kadar spread yang melebih 10% adalah kurang sesuai untuk dijadikan sebagai produk pelaburan.Di Public Gold, kadar spread yang dikenakan hanyalah sekitar 4.5 - 8% sahaja, dan dengan menjadi Dealer, si pelabur dapat menikmati kadar spread serendah 2 - 5.5% sahaja!


4- Faktor Kecairan



Sebagai pelabur, untung atau rugi cuma akan saya ketahui apabila emas itu telah dijual (bukan apabila ia telah digadaikan). Bermakna, walaupun emas itu dibeli ketika harganya murah, namun ia belum dijual lagi, maka ianya masih belum boleh dikatakan sebagai untung.


Justeru, jika emas yang saya beli sukar untuk dijual, perlu mencari customer untuk mrmbelinya, perlu dilelong dan berlawan harga untuk mendapat keuntungan, bermakna ia sukar dicairkan sekaligus akan menyebabkan keuntungannya sukar diperolehi.


Dan sebagai seorang pelabur, amat berisiko besar sekiranya mereka cuma tahu membeli emas tetapi tidak tahu adakah si penjual tadi akan menjamin belian balik dan berkemampuan untuk membeli balik, kerana jika saya tidak pasti bagaimana mahu menjualnya, maka saya juga tidak pasti samaada saya boleh untung ataupun tidak dengannya. Kerana itu saya tidak akan membeli emas terutamanya berbentuk barangan kemas yang dijual oleh orang perseorangan.


Di Public Gold, kemampuan mereka untuk membeli balik produk jualan mereka telah teruji sepanjang 3 tahun perniagaannya, bahkan promosi pada bulan Disember ini mereka turut menawarkan harga terbaik untuk membeli sebarang bentuk dan jenis emas tidak kira siapa pengeluar dan penjualnya.Bermakna, bukan sahaja mereka mampu untuk membeli balik produk mereka, bahkan produk syarikat lain juga!


5- Faktor Mudah Cair


Faktor ini juga amat penting kerana ianya akan menentukan samaada emas yang dibeli itu mudah atau tidak untuk dijual semula kepada si penjual. Tidak berbaloi rasanya hanya untuk menjual sekeping emas, saya terpaksa memandu dari kuala lumpur ke Pulau Pinang disebabkan syarikat si penjual tadi hanya ada satu sahaja di sana.


Jadi, sebagai seorang pelabur saya mahukan tahap kemudah cairan yang tinggi agar saya boleh menjualnya semula kepada syarikat ataupun wakilnya (asalkan harga belian balik sama).


Bermakna saya tidak perlu bimbang jika saya pergi kemana saja di seluruh Malaysia dan tiba-tiba memerlukan sejumlah tunai dan ingin menjualkan emas yang ada, bahkan saya juga boleh mencadangkan kepada rakan2 atau saudara-mara saya yang ada di mana2 agar membuat pelaburan emas kerana mereka boleh membeli dan menjualnya semula dengan mudah.


Setakat ini, tahap kemudahcairan untuk produk Public Gold adalah yang tertinggi disebabkan mereka mempunyai 14 cawangan di setiap negeri termasuk Sarawak, dengan tambahan 3 cawangan lagi di sekitar Lembah Klang dan bukan itu sahaja, Dealer2 Public Gold juga telah mencecah seramai 17,000 di seluruh Malaysia.


Ini bermakna saya boleh menjual semula produk2 Public Gold dengan mudah samaada terus kepada Public Gold atau pun kepada Dealer2 yang berhampiran. Disebabkan cawangan syarikat yang banyak, permintaan untuk belian balik emas Public Gold dari Dealer2 amat tinggi kerana mereka juga boleh menjual semula kepada Public Gold dengan mudah pada bila2 masa sahaja.


Paling istimewa adalah, sebagai seorang pelabur saya tidak mempunyai sebarang pesaing kerana keuntungan saya adalah dari emas yang saya Beli dan Jual semula kepada Public Gold, dan bukannya dari komisyen jualan, atau komisyen mencari downline atau merekrut orang baru.


Kerana saya adalah Pelabur Emas dan Perak, bukannya peniaga emas dan perak yang mengaut untung hasil jualan kepada customer, ataupun mengutamakan pendapatan melalui networking yang memfokuskan kepada kemasukan orang baru.


Kenapa saya memilih Public Gold? kerana saya adalah seorang PELABUR dan Public Gold adalah platform terbaik bagi pelaburan emas dan perak fizikal di Malaysia bagi seorang Pelabur seperti saya.