23 November 2011

Ketulenan Emas Public Gold

Baru² ini saya ditanyakan mengenai ketulenan emas Public Gold dan Public Dinar. Mana badan yang mengiktirafkan ketulenan emas di jual oleh Public Gold dan Public Dinar. Daripada soalan tersebut, saya dapat menganggarkan. Masih ada pihak yang ragu² dengan ketulenan emas di jual oleh Public Gold dan Public Dinar. Saya cuba bagi jawapan bagi soalan tersebut. Harap dengan jawapan ini, dapat melegakan ...hati tuan yang bertanya dan mula menyimpan emas dengan senang hati.

Ketulenan emas PG atau PDinar telah disahkan oleh ASSAYER yang bertanggungjawab iaitu Assay Office Penang Sdn Bhd (842011-D). Assayer ini berfungsi sebagai badan yang menguji ketulenan sesuatu produk yang dikeluarkan. Sekiranya barang seperti yang dikeluarkan oleh Public Gold dan Public Dinar tidak menepati tahap ketulenan yang ditetapkan, pihak assayer tidak akan mengeluarkan certificate tersebut. Dengan adanya ceritificate Assayer ini, kita tidak perlu ragu² dgn ketulenannya. Malah ada juga surat dari Bank Negara Malaysia sebagai rujukan kepada Public Fine Gold International Sdn Bhd.

PG mengeluarkan banyak notis di surat khabar bahawa, produk nya bukan lah dibawah Skim cepat kaya atau spam.. malah PG amat meniktik beratkan dealer untuk mempunyai etika yang tinggi ketika proses jual/beli jenama PG. Anda bayar dapat emas.

PG merupakan syarikat tempatan pertama di Malaysia yang mengeluarkan jongkong emas yang disahkan ketulenan oleh Penilai Emas (Gold Assayer) dan diiktiraf Malaysia Book of Records.
Pengalaman saya sendiri, saya pernah memajak emas PG di Arrahnu Agrobank. Pihak agrobank akan menggunakan alat “Decimeter” untuk ukur berat dan ketulinan emas dan jenis emas. Semua emas yang saya pajak lulus ujian samaada dari aspek nilai berat dan juga jenis emas dan diberi pinjaman. Dan ini membuktikan emas PG tulen seperti yang tertera pada ceritificate Assayer.

No comments:

Post a Comment