22 November 2011

Bila Nak Bermula Membeli Emas?

Harga emas terus meningkat dari semasa ke semasa, bagi mereka yang faham tentang konsep pelaburan di dalam emas fizikal, mereka akan membeli dan terus membeli selagi mempunyai tunai.

Tetapi bg setengah individu yang masih kabur tentang konsep ini, pastinya terpengaruh dengan Sentimen Pasaran, dan berasa takut untuk membeli emas kerana harganya yang melambung tinggi.

Sebenarnya, jika anda membuat pelaburan ke atas komoditi emas di dalam dagangan futures market, mmg patut untuk anda berasa takut untuk membuat dagangan...

Tetapi jika anda ingin membeli emas fizikal, tiada waktu yang spesifik diperlukan, dan walau setinggi mana pun harganya di pasaran, nilainya akan terus meningkat tanpa had masa dan nilai maksimum.

Jadi tiada istilah untuk tunggu harganya turun, baru beli atau "Buy Low, Sell High"dalam pelaburan emas fizikal ini. Kalau anda terus berpegang dengan konsep seperti itu saya jamin walau harganya dah mencecah RM200 se gram sekalipun, anda masih belum membeli waima 1 gram emas, kerana merasakan harganya dah cukup tinggi dan mungkin akan turun pulak jika anda membeli emas di waktu itu.

Konsep itu betul jika digunakan untuk pelaburan saham, bond, pasaran matawang dan dagangan spot gold. Tapi jika diaplikasikan untuk membeli emas fizikal bermakna anda telah menggunakan teknik pelaburan yang tidak sesuai dengan portfolionya.

Kesannya... sampai bila-bila pun pelaburan tidak akan dibuat.

Tiada siapa yang boleh mengatakan harga emas sudah mencapai ke paras yang cukup tinggi dan tidak akan naik lagi, kerana jika perkara itu berlaku, bermakna nilai emas tidak lagi menjadi sandaran kepada nilai matawang. Adakah situasi ini akan berlaku??

Make your decision now, or will never....


No comments:

Post a Comment