21 November 2011

Berbaloikah berhutang untuk membeli emas???

TEKNIK BELI DAN SIMPAN

Adakah anak pernah menyesal dan memikirkan risiko kerugian yang bakal dihadapi apabila anda berhutang untuk membeli sesuatu yang susut nilai seperti kereta, tv, sofa, peti ais dll?!!..

Mungkin anda tidak terlalu bimbang risiko kerugiannya kerana anda dapat memanfaatkan kemudahannya dalam kehidupan seharian.

Tetapi mengapa anda terlalu bimbang untuk berhutang bagi tujuan pembelian sesuatu yang meningkat nilainya seperti emas??.. Bukankan pemahaman anda berkenaan pengurusan kewangan dan risiko sudah terbalik?..

Saya berikan contoh, anda berhutang RM100,000 daripada bank dan kesemuanya anda gunakan untuk membeli emas bagi tujuan pelaburan.

Ambil kira purata kenaikan emas tahunan sekitar 25%, hanya selama 4 tahun sahaja anda telah menggandakan wang RM100k tadi. Anda dah boleh jualkan sebahagiannya, dan bayar semula pinjaman RM100k yang anda gunakan sebagai modal tadi.

Kini anda telah memiliki sejumlah emas bernilai 100k secara percuma!!... Jika tempoh masa kenaikan harga emas agak perlahan sekalipun ataupun istilah "Worst Case Scenario", mungkin purata kenaikannya hanya sekitar 15% setahun, anda hanya memerlukan tempoh masa selama 7 tahun untuk menggandakan nilainya.

Jika anda membuat loan ASB sebanyak RM100,000 selama 20 tahun, jumlah bayaran bulanannya adalah lebih kurang sama dengan jumlah bayaran untuk Personal Loan sebanyak RM100k bagi tempoh 20 tahun.

Tetapikah boleh pelaburan ASB menggandakan modal asal anda dalam tempoh 4-7 tahun sahaja?

Jika anda menggunakan dividen tahunan untuk bayaran bulanan pada tahun-tahun berikutnya, bermakan anda hanya akan mendapat 100k selepas tempoh matang selama 20 tahun itu.

Cuba anda tukarkan konsep itu dengan membuat Personal Loan dan membeli emas, dalam jangkamasa 20 tahun agak-agak berapa kilo emas yang dapat anda kumpulkan?

Mengapa saya menasihatkan Personal Loan selama 20 tahun?.. Walaupun interestnya tinggi, tetapi bayaran bulanannya adalah rendah, dan kita perlu mengambil kira sekiranya berlaku keadaan "worst case scenario" maka kita tidak akan terbeban untuk meneruskan bayaran bulanan untuk jangkamasa beberapa tahun lagi, itulah rasionalnya!!

Jangan dirisaukan tahun yang panjang kerana anda telah merancang untuk menyelesaikannya dalam jangkamasa yang lebih awal. Jangan dibimbang kadar interest yang tinggi, kerana kadar yang tinggi hanya akan dirasai dalam jangkamasa yang panjang dan ianya agak berbaloi untuk membayar interset yang agak tinggi sedikit bagi jangkamasa 20 tahun kerana kesannya anda dapat membuat back up plan untuk pelaburan anda sekiranya berlaku situasi diluar jangkaan.

TEKNIK LEVERAGING & COMPOUNDING

Katakan pula jika anda menggunakan konsep Leveraging & Compounding mengikut perkiraan berikut:

1. Beli emas RM100k
pajak dapat 70k

2. Beli lagi emas RM70k
pajak dapat 49k

Cukup sampai setakat itu sahaja, baki di tangan RM49k standby untuk bayaran upah simpan selama 4 tahun (jika kadar upah 0.6%)

Jadi sekarang nilai emas anda adalah sebanyak RM170k dan anggarkan dalam "Worst Case Scenario", iaitu kenaikan tahunan hanya 15% sahaja.

Tahun 1 : RM170,000 x 15% = RM25,500 (Nilai emas anda telah menjadi RM195,500)
Tahun 2 : RM195,500 x 15% = RM29,325 (Nilai emas anda telah menjadi RM224,825)
Tahun 3 : RM224,825 x 15% = RM33,723 (Nilai emas anda telah menjadi RM258,548)
Tahun 4 : RM258,548 x 15% = RM38,782 (Nilai emas anda telah menjadi RM297,330)

Cari pembeli dan jualkan emas anda sekadar untuk menebus semua emas dengan membayar semula pinjaman sebanyak RM119,000 dari Ar-Rahnu (RM70,000 + RM49,000)

Setelah anda membayar semula RM119,000 kepada Ar-Rahnu, kini nilai bersih emas di tangan anda ialah sebanyak RM178,330.00!!!!

Untuk langkah seterusnya anda boleh pilih samada:

a) Pajakkan semula dan gunakan tunai hasil pajakan itu untuk menjelaskan pinjaman modal RM100k kepada bank.

Kelebihannya, anda masih mempunyai emas bernilai RM178,330.00
Kekurangannya, anda perlu merancang semula bagaimana mahu membayar upah simpan.


b) Jualkan emas yang bernilai RM100k dan jelaskan kesemua hutang modal anda kepada bank.

Kelebihannya, anda mempunyai aset emas bersih bernilai 78,330.00 secara PERCUMA.
Kekurangannya, anda kehilangan peluang yang menggandakan nilai pelaburan anda kepada jumlah yang lebih besar.

Jika dikira secara logik, 15% x 4 tahun = 60%, jadi sepatutnya pada tahun ke-4 nilai emas anda hanyalah RM160,000.00 sahaja.

Tapi jika anda mengurusnya secara bijak menggunakan konsep Leveraging & Compounding, % pulangan yang anda perolehi pada tahun ke-4 mencecah 197.333%, sekaligus menjadikan nilai pelaburan anda pada ketika itu menjadi RM297,330.00!!!

Ini hanya dalam tempoh 4 tahun dan pengirannya adalah berdasarkan "Worst Case Scenario", bagaimana jika dalam keadaan "Gold Market Scenario"?

Agak2 berapa profit margin selama tempoh 4 tahun itu?

Anda sendiri boleh mempertimbangkan sama ada berbaloi atau tidak jika membuat pinjaman untuk pelaburan emas fizikal!!!




No comments:

Post a Comment