13 April 2011

Mengapa Harga Emas Berbeza-Beza?

1- Ramai diantara pengunjung blog bertanyakan soalan ini. Lebih2 lagi kepada yang baru berjinak2 di dalam dunia pelaburan emas fizikal, perbezaan harga emas yang dilihat di dalam TV atau akhbar membuatkan mereka merasa ragu2 untuk membeli emas kerana merasakan harganya terlalu tinggi jika dibandingkan dengan yang dilihat di kaca TV.

2- Harga emas fizikal sebenarnya tidak mempunyai harga Siling, iaitu ianya tiada harga maksimum, tetapi ianya mempunyai harga Lantai atau harga Minimum. Kebiasaannya, harga minimum ini boleh dirujuk kepada Spot Price ataupun Indeks harga yang sentiasa berubah2 yang kebiasaannya boleh dirujuk di laman web "kitco.com". Harga ini hanyalah angka/indeks yang di dagangkan sebagai penanda aras kepada kenaikan dan penurunan harga emas di pasaran dunia sahaja.

3- Justeru, apabila ianya dizahirkan didalam bentuk fizikal, sudah pasti terdapat beberapa kos tambahan yang terlibat seperti kos Minting, Labour Cost, Security dll kos yang terlibat dalam proses pengeluaran emas fizikal tersebut. Kebiasaannya, syarikat pengeluar yang mempunyai kepakaran di dalam bidang yang terlibat seperti Public Gold, akan mengenakan kos tambahan yang amat rendah untuk meminimumkan kos bagi memastikan emas fizikal keluaran mereka dapat dijual pada harga yang kompetitif.

4- Manakala bagi pengeluar yang tidak mempunyai kepakaran tersebut dan terpaksa mengupah kepada pihak ketiga yang berkepakaran akan menanggung kos tambahan yang lebih tinggi dan menjadikan harga emas fizikal keluaran mereka juga dijual pada harga yang lebih tinggi.

5- Disebabkan faktor2 ini juga banyak syarikat yang baru muncul di Malaysia pada ketika ini menjual emas secara Trading, iaitu mereka mengimport emas dari luar secara pukal dan terus menjualnya kepada pembeli atau Dealer mereka tanpa perlu menanggung kos2 tambahan tersebut. Kebiasaannya, disebabkan mereka mahu produk tersebut dijual dengan cepat bagi mengelakkan risiko kerugian, mereka akan menjualnya pada harga yang lebih rendah dan mengenakan kadar spread (beza harga jual/beli) yang lebih tinggi bagi mengaut lebih banyak keuntungan.

No comments:

Post a Comment