26 February 2011

Emas Adalah Aset Yang Terunggul

Satu keistimewaan emas ialah ia dianggap berharga oleh semua manusia. Ia
juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas. Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.

Ketika perang Vietnam sekitar 1970-an, beribu-ribu orang pelarian daripada Vietnam Selatan telah lari meninggalkan kampung halaman mereka. Mereka terpaksa meninggalkan seluruh harga benda seperti tanah, rumah, kebun dan ternakan mereka.
Harta yang mereka bawa semasa melarikan diri ialah emas bukannya mata wang Vietnam.

Ini kerana mereka sedar bahawa hanya emas yang diiktiraf bernilai di mana sahaja. Ia boleh ditukarkan kepada wang kertas di negara tempat mereka. Contohnya semasa mereka datang ke Malaysia. Mereka melambai-lambai di tengah laut untuk meminta bantuan. Melambai-lambai mengunakan emas dan menawarkan pemberian emas kepada sesiapa yang menolong mereka.

Kesimpulannya, dengan menyimpan emas, pelarian Vietnam ini boleh memulakan hidup baru mereka dengan mudah di negara persinggahan mereka.

Bayangkan jika mereka membawa wang kertas Vietnam Selatan? Apa yang akan berlaku? Bolehkah mereka memulakan hidup baru dengan mudah di negara persinggahan mereka?

Oleh sebab itu, anda perlulah menyimpan emas.

No comments:

Post a Comment